May 21, 2013

Mom to be!!!



Alhamdulillah...pejam celik sekejap je masa berlalu...skarg aku tgh pregnant 28weeks... in shaa allah lagi 12weeks kluarla #cintahatiayahumi.... ni pregnancy ke 2,yg 1st gugur ketika berusia 9weeks..mgkin belum rezeki kami masa tu...slps menanti lbh kurang 6-7 bulan, baru lekat yg ni. Syukur sgt rasa dapat rasa mcm mana nikmatnya mengandung, mcm mn trasa baby gerak2 dlm perut nie.syukur alhamdulillah...Allah saja Yang Maha Mengetahui perasaanku...xsemua org dapat nikmat mengandung dan bukan selalu kita dapat mengandung.. sumenye rezeki dari Allah.. Hargai nikmat yang diberi dan syukuri apa yang diperolehi...

Aug 13, 2012


 Tips Pertengkaran Positif Antara Suami Isteri

1. Jangan terlampau banyak bercakap Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing.Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2. Jangan menyebut kelemahan pasangan Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda.Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.

3. Jangan membalas perbuatannya Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah.Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.

4. Jangan cuba mengubah pasangan Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.

5. Fokus pada masalah Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.

6. Jangan tinggikan suara Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan panggilan manja Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya.Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosional Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”

10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar luahan isteri Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah.Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jangan bergaduh di depan anak Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah.Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO to third party Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

15. Mengalah tidak bererti kalah Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita.Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. LuahkanSelain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda.Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan dan kemaafan Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya.Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Aug 1, 2011

dOa Untuk Kekasih......


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin....

Feb 16, 2011

MERTUA vs MENANTU (Khas untuk Perempuan)



Kadang-kadang kita ade jgk dengar citer pasal mertua dengan menantu ni,yang baik Alhamdulillah..yang xbaik sampai xboleh berjumpa tu parah..kalo boleh kita nak r rumahtangga yangdibina tu bahagia bersama restu dari keluarga. Sebelum kawen bukan main lagi malu-malu,rajin ke dapur tapi pas dah dapat anak dia lain plak jadi..no no no!!! ni ade beberapa tips yang mak kita turunkan kat kita,yelah kita belum kawen so kena r ade ilmu sikit..

  • Sayangi,hormati dan layan mak ayah mertua seperti mak ayah sendiri. Jangan beza-bezakan.
  • Belajar mengenali mertua. Cuba selidik sendiri,tanye dengan suami pe yang mertua kita suka dan yang xsuka jangan pi rajinkan badan tu buat. Kena sentiasa beringat,kita bukan kahwin dengan suami je tapi dengan keluarganya sekali.so kita kenala belajar mengenali terutama mertua kita.
  • Jangan berkira dengan mak ayah mertua. Samada dirumah sendiri mahupun dirumah mertua. Ni bila dieorang datang umah suami isteri sanggup gaduh sebab xnak layan r,sebab duit r,macam-macam benda timbul. No baby no!! bila pegi umah mertua plak bawak-bawaklah buah tangan. Pastu pegi r ke dapur tengok apa yang kurang,yang da abis then pegi beli. Xrugipun berbakti dengan mertua ni,xberkurangpn rezeki kita malah nanti bertambah-tambah.
  • Buat – buat bodoh. Contohnya memasak,banyakkan bertanya pada mak mertua nak masak ni mcm mana yang suami suka,pe rahsia masakan mak mertua. Walaupun ade jugak ilmu yang mak sendiri turunkan tapi xsalah bertanya sebab mak mertua lagi tau pe yang suami kita suka. Tapi janganla asyik bertanya benda yang sama @ benda-benda basic ni. Kang mertuapun hangin.
  • Kurangkan bercakap lebihkan bekerja. Walaupun kita ni kadang-kadang terasa macam nak curi tulang jugak tapi bila pegi umah mertua tu kena r lebih bekerja. Terutama kalo kita menantu baru 2 kita sorang je menantu perempuan. Ha,bahaya ni. Bila tengok ipar duai bersembang macam best gila kitapun terasa nak joinkan? Tapi kena ingat,status kita menantu pandai-pandailah menolong mertua kat dapur. Jangan duk sibuk berborak,pinggan mangkukpn xleh nak angkat. Patutnya dah ada menantu boleh membantu tapi menambah beban mertua plak.ape kes??
  •  Jangan berat sebelah.Kalo duduk dekat,selalu-selalu r menjenguk mak ayah dan mertua. Janganlah kalo duk dekat dengan mak ayah sendiri asyik-asyik balik umah  parent kita je,raya nak raya umah parent kita je memang masak r. takpun asyik balik umah mertua je,sampai mak ayah kita rasa terabai sejak kita kawen..xbaik tau!! Kenala adil,kita berkahwin sebab nak kembangkan family kita bukan jauhkan diri dari family. Kalo da mggu ni balik umah family kita,mggu depan balik umah mertua plak.kalo xdapat balik,telefon r tanye kabar takpun kalo rajin tulis surat..hehehehe..

Banyak sebenarnya cara tuk ambil hati mertua ni. Pokoknya nak dengan xnak je. Kita xmampu paksa mertua sayangkan kita walaupun kadang-kadang da banyak da berbakti pada mertua nit p jang penah penat dan putus asa untuk mengambil hati mereka. Bak kata mak kita, setiap menantu tetap ade kebaikan yang berbeza dengan menantu yang lain. Tapi tu tak bermakna yang mertua beza – bezakan menantu. Restu mak ayah dan mertua adalah antara perkara yang amat penting dalam hidup berumahtangga.. THANKS TO MY MUM…

U all,SELAMAT BERAMAL..

Feb 15, 2011

CHAPTER 1 : DISINI SEGALANYA BERMULA


Sibuknya semua orang hari ni.padahal aku yang nak pergi sambung blaja tapi orang lain pulak yang excited. Bisikku di dalam hati.pukul 6 pagi lagi rumah ni dah meriah,mak dengan kakak aku sibuk masak,abah masukkan barang dalam kereta,adik aku sorang tu baru terhegeh-hegeh nak mandi..aku??berdebar,serba tak kena.hanya bermain dengan perasaan..pendaftaran pukul 8,kami kena r gerak awal sebab kolej ni terletak nun di selatan.

Sampai je sana aku tengok ramai betul manusia bernama lelaki dan perempuan.segera ku sms sahabatku yang sama-sama dapat belajar disini.lega,ade geng..selesai pendaftaran,kami di bawa ke kolej kediaman kejora.disana bertemu dengan rakan sebilik yang berlainan kursus,latar belakang dan negeri.Aku disapa lembut oleh kakak rose teman sebilikku..”sape nama?” dengan senyuman aku membalas “Saya MAYA MEDINA.”  Disinilah bermulanya kehidupanku sebagai pelajar kolej.Ermm terasa rindu pada dirinya yang jauh dimata....

KRINGGG!!!!!...jam loceng aku berbunyi dgn penuh meriah…”alamak!!dah pkl 8 dah..kantoi la aku nak gi register masuk kolej arini..leceh betul la…”ujar aku yang dah terlambat nak g kolej..hari ni adalah hari pertama aku nak daftar kat kolej..tp dengan penuh sempoi aku pegi enjoy merempit mlm td dgn member2 tempat aku..aku bergegas siapkan ape2 barang yang patut nak bawak ke sana..aku mmg xde pack pape barang pun..rase malas je nak sambung study ni..

Lepas siap berkemas,aku gtau mak and ayah aku yg aku nak g register..sampai kat kolej je..aku tgk rmi btl la manusia..aku dah la rimas dok tempat2 yg rmi org ni..”ah!!!dulik pe aku..malas aku nak beratur semua ni..baik aku potong je…”ujar aku dlm hati..aku pun set muke aku kerek gile…n dgn pakaian ala2 mat rempit..aku men potong je sume umat tu..mase register tu..bro tu ckp dgn aku…”LUQMAN AL-HAKIM, awak di tempatkan di kolej perdana..”ah sudah…ad eke suh aku dok dlm hostel…hati aku dah mula memberontak..tp cmne pun…aku dah jd student dah..even hati x ikhlas..hehehhe..dan segalanya bermula di sini…

Feb 14, 2011

Hari Ini Milikmu...

Hari Ini Milikmu...Bebaskan diri dari kelukaan dan kegagalan semalam.Lapangkan hati dari ketidakpastian dan kemungkinan hari esok..Nikmati hari ini sebaik yang mungkin seolah-olah kamu akan hidup cuma untuk hari ini..

permainan hidup.....

kita tidak memerlukan seseorang yg sempurna dlm hidup kita...memadailah seseorg yg boleh membuatkan kita rase sempurna bila bersama nye.....